Staff DBKL Gelar Penduduk “Beruk”: Bila Ego Staff Mengatasi Tugas Berkhidmat Masyarakat.

Susulan isu Program latihan kesedaran bencana dan kecemasan anjuran komuniti Datuk Keramat yang melibatkan beberapa komuniti lain seperti Kg. Bharu, Kg. Pandan, Taman Maluri, dan Cochrane bersama APM KL pada 5 September 2026 yang lalu terpaksa dipendekkan separuh jalan selepas sumbangan makanan yang dijanjikan oleh Cawangan DBKL Titiwangsa tidak sampai — meninggalkan lebih 110 peserta, termasuk wakil surau, KRT dan NGO, kelaparan di tengah program yang mereka sendiri anjurkan demi keselamatan kejiranan mereka.

Bila Aduan Dijawab Dengan Hinaan

Seorang penduduk yang kecewa telah menyuarakan isu ini di Threads. Bukannya penjelasan atau permohonan maaf yang diterima, malah jawapan daripada sebuah akaun yang mendakwa staf DBKL — “nak bagi beruk macam korang ni duit free je, selalu barua betul” — cukup untuk menunjukkan betapa jauhnya sesetengah kakitangan terputus daripada erti sebenar perkhidmatan awam.

Post reply dari staff dbkl - Staff DBKL Gelar Penduduk “Beruk” Bila Ego Staff Mengatasi Tugas Berkhidmat Masyarakat - anak keramat
Post reply dari Staff DBKL

Piagam Pelanggan DBKL Sendiri Janjikan “Mesra dan Bersopan”

Ironinya, Piagam Pelanggan DBKL sendiri menjanjikan layanan yang mesra dan bersopan kepada orang ramai, bukan label menghina kepada penduduk yang sanggup bergotong-royong, malah sanggup guna duit poket sendiri, semata-mata untuk memastikan jiran-jiran mereka celik menghadapi bencana. Golongan inilah yang sepatutnya dibantu, bukan dipersendakan.

Tanpa Masyarakat, DBKL Tak Ada Kerja

DBKL wujud kerana ada rakyat untuk diberi khidmat. Gaji setiap kakitangan datangnya daripada cukai, lesen, permit, kutipan parking, dan ada juga datang daripada geran dan peruntukan Kerajaan Persekutuan. Semua pendapatan ini tak akan ada tanpa masyarakat yang hari ini dipanggil “beruk” dan “barua”. Sikap sebegini bukan sahaja memalukan jabatan, malah mencalar kepercayaan penduduk yang selama ini sanggup berkorban tenaga dan wang sendiri untuk kebajikan kejiranan.

Tuntutan Penduduk Mudah

Segera siasat staf berkenaan, buat permohonan maaf dan pastikan setiap staf DBKL tak akan sombong dengan masyarakat setempat di masa hadapan. Ikut piagam pelanggan yang DBKL sendiri janjikan.


Soalan Lazim (FAQ)

Apa yang berlaku dalam program APM KL di PPR Jelatek?

Program latihan selamatkan nyawa terpaksa dihentikan separuh jalan selepas sumbangan makanan yang dijanjikan Cawangan DBKL Titiwangsa tidak sampai, menyebabkan lebih 110 peserta kelaparan.

Bila program latihan itu diadakan dan siapa yang terlibat?

Program latihan kesedaran bencana dan kecemasan itu diadakan pada 5 September 2026, dianjurkan oleh komuniti Datuk Keramat bersama komuniti Kg. Bharu, Kg. Pandan, Taman Maluri dan Cochrane serta APM KL. Lebih 110 peserta hadir, termasuk wakil surau, KRT dan NGO.

Kenapa isu ini tular?

Selepas penduduk menyuarakan kekecewaan di Threads, satu akaun yang mendakwa staf DBKL membalas dengan kata-kata menghina, mencetuskan kemarahan orang ramai.

Apa yang dijanjikan dalam Piagam Pelanggan DBKL?

Piagam Pelanggan DBKL menjanjikan layanan yang mesra dan bersopan kepada orang ramai.

Apakah tuntutan penduduk kepada DBKL?

Penduduk menuntut DBKL segera menyiasat staf berkenaan, membuat permohonan maaf dan memastikan setiap staf DBKL tidak akan sombong dengan masyarakat setempat pada masa hadapan, selaras dengan piagam pelanggan yang DBKL sendiri janjikan.


Suara Korang
Ada Cerita? Jangan Simpan Sorang-Sorang.

Sampah tak berkutip, lampu jalan mati, lubang jalan macam kawah bulan — kalau korang ada isu setempat, pandangan atau cerita yang patut didengar, hantar je pada kami. Tak perlu tunggu sampai “viral” dulu baru ada orang nak dengar.

Hantar Suara Korang →

Atau emel terus ke suara@anakkeramat.com — sertakan nama, kawasan dan gambar jika ada.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *